NOTIS PRIVASI (BM)

Kami, Tetuan Koh Dipendra Jeremiah Law sebagai pengguna data (selepas ini dirujuk sebagai “Kami”), komited dalam menjaga kerahsiaan, keselamatan dan integriti data peribadi yang anda sebagai subjek data bekalkan kepada kami. Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”), tujuan Notis Privasi ini dikeluarkan adalah untuk menerangkan cara kami berurusan dengan data peribadi anda dan pilihan-pilihan yang anda ada untuk mengakses atau mengehadkan akses kami terhadap data peribadi anda.

 

Sekiranya anda sebuah perbadanan yang membekalkan data peribadi individu-individu tertentu (seperti pengarah, pemegang saham, pegawai atau pekerja anda) untuk tujuan melanggani perkhidmatan kami, perkataan “data peribadi” dalam Notis Privasi ini hendaklah termasuk data peribadi individu-individu tersebut dalam perbadanan anda. Anda dikehendaki mendapatkan kebenaran individu-individu tersebut sebelum mendedahkan data peribadi mereka kepada kami untuk diproses dan dengan pendedahan sedemikian, kami akan menganggap bahawa anda berbuat demikian mengikut Akta.

 

1.       Jenis-jenis data peribadi yang kami kumpulkan dan proses termasuklah maklumat-maklumat seperti di bawah:

  • Nama;

  • No. Kad Pengenalan / Pasport;

  • Warganegara;

  • Tarikh Lahir;

  • Butiran perhubungan seperti nombor telefon, alamat dan alamat e-mel;

  • Gambar; dan

  • Makluman-makluman lain yang diperlukan agar kami boleh menyediakan perkhidmatan kepada anda.

 

Melainkan dinyatakan sebaliknya, maklumat anda adalah diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan kami kepada anda. Jika anda tidak memberikan semua maklumat yang kami minta di sini atau menarik balik atau mengehadkan penggunaan data peribadi anda, kami mungkin tidak dapat memberikan anda perkhidmatan kami.

2.      Kami mengumpul data peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut:

  • Untuk memproses data peribadi anda untuk tujuan menyediakan perkhidmatan kami kepada anda;

  • Untuk berkomunikasi dengan anda;

  • Untuk tujuan pentadbiran dalaman;

  • Melayan pertanyaan atau permohonan anda untuk mengakses data dan memudahkan operasi harian kami;

  • Menyiasat aduan, urus niaga yang mencurigakan dan penyelidikan untuk penambahbaikan perkhidmatan atau barangan;

  • Untuk mematuhi keperluan undang-undang atau peraturan atau sebagaimana yang dibenarkan oleh keperluan undang-undang atau peraturan di negara asal dan  luar negara;

  • Untuk menguruskan risiko; dan/atau

  • Untuk apa-apa tujuan lain sebagai sebahagian daripada transaksi perniagaan kami.

 

(selanjutnya dirujuk sebagai "Tujuan")

 

Semua data peribadi yang dikumpulkan akan kami simpan selama tempoh yang dibenarkan/dikehendaki di bawah undang-undang Malaysia, yang mana tempoh tersebut berkemungkinan akan dilanjutkan ke suatu tempoh lain selepas penamatan kontrak anda dengan kami.

3.       Kami mengekalkan keselamatan data peribadi seperti berikut:

  • Sistem kawalan keselamatan yang munasabah dan komersial untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan data peribadi anda; dan

  • Akses kepada data peribadi anda oleh kakitangan kami adalah berdasarkan keperluan yang perlu diketahui sahaja.

 

4.       Kami tidak akan mendedahkan data peribadi kepada pihak ketiga, kecuali kepada pihak-pihak yang berikut bagi tujuan yang dinyatakan

          dalam perenggan 2 di atas:

  • Pegawai-pegawai, kakitangan, pembekal perkhidmatan dan ejen untuk tujuan yang berkaitan dengan perkhidmatan kami;

  • Sebarang pembekal perkhidmatan, ejen atau kontraktor pihak ketiga yang telah dilantik oleh kami untuk menyediakan perkhidmatan berhubung dengan perniagaan kami, sama ada di dalam atau di luar Malaysia tertakluk kepada kawalan keselamatan yang mencukupi terhadap data peribadi;

  • Mana-mana orang yang kepadanya kami berkewajipan untuk membuat pendedahan di bawah keperluan mana-mana undang-undang, peraturan, perintah mahkamah, kod amalan atau garis panduan yang mengikat kami termasuk tanpa had kepada, mana-mana pengawal selia, badan-badan kerajaan, atau badan-badan yang diiktiraf industri, dan jika sebaliknya dikehendaki oleh undang-undang;

  • Pihak berkuasa kerajaan asing selaras dengan undang-undang negara atau luar neagara; dan

  • Kepada pihak-pihak berkaitan yang dibenarkan di bawah undang-undang Malaysia.

 

Selain daripada entiti yang tersenarai, butiran anda tidak akan didedahkan oleh kami kepada mana-mana badan luaran lain melainkan kami mempunyai keizinan anda untuk berbuat demikian.

5.      Hak-hak dan pilihan-pilihan anda

Anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada data peribadi anda yang dipegang oleh kami.

 

  • Anda mempunyai hak untuk meminta pembetulan dibuat terhadap data peribadi anda yang kami simpan sekiranya data tersebut tidak tepat, tidak lengkap atau tidak dikemas kini. Anda boleh berbuat demikian dengan menulis kepada kami menggunakan maklumat perhubungan di bawah, dengan membekalkan maklumat seperti yang berikut kepada kami:

 

  1. Nama; dan

  2. No. Kad Pengenalan/No. Pasport/No. Fin.

 

     Maklumat di atas adalah bagi kami untuk menentukan identiti anda sebagai subjek data yang betul, oleh itu adalah tanggungjawab

     anda untuk menyimpan maklumat tersebut dengan selamat. Anda akan bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan yang diambil

     oleh kami sebagai tindak balas kepada permintaan seseorang menggunakan maklumat tersebut.

 

  • Anda boleh menarik balik persetujuan anda terhadap pemprosesan kami atau mengehadkan hak kami untuk memproses data peribadi melalui notis secara bertulis kepada kami. Untuk mengelakkan keraguan, pengeluaran atau pembatasan tidak termasuk pemprosesan data peribadi mandatori.

 

Kami berhasrat untuk memastikan data peribadi anda dalam rekod kami tepat, lengkap dan terkini. Selaras dengan Akta, kami boleh menolak untuk mematuhi permintaan anda untuk akses atau pembetulan dalam keadaan tertentu seperti yang dinyatakan dalam Akta. Anda akan dimaklumkan tentang keengganan kami dan sebab di sebaliknya.

 

Kami juga berhak untuk mengenakan yuran pentadbiran yang munasabah untuk memenuhi permintaan anda. Kami akan memproses permintaan anda setelah pembayaran yuran pentadbiran dan / atau penerimaan permintaan anda dalam masa 21 hari.

 

6.       Pindaan selanjutnya dan Perhubungan

Sebarang pindaan penting kepada Notis Privasi ini akan diterbitkan di laman web kami atau apa-apa cara lain yang tersedia sebagaimana yang sesuai. Sekiranya anda terus melantik kami untuk menyediakan perkhidmatan kami kepada anda, anda akan dianggap telah menerima pindaan tersebut.

 

Aduan atau pertanyaan yang berkaitan dengan apa-apa perkara yang berkaitan dengan data peribadi anda yang terkandung di sini boleh dibuat kepada yang berikut:

 

Jabatan Admin dan Pematuhan

Alamat E-mel: info@kdj-law.com

No. Telefon: +603 2095 6505

No. Fax: +603 2095 7505

 

Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau apa-apa yang tidak konsisten, Notis Privasi dalam bahasa Inggeris akan diguna pakai. Kami telah mengambil semua usaha yang mungkin untuk memastikan bahawa Notis Privasi ini adalah menyeluruh.

Dikeluarkan oleh, Tetuan Koh Dipendra Jeremiah Law

Tarikh: 1hb Januari 2020

© 2020 Koh Dipendra Jeremiah Law. All rights reserved.

Privacy Policy ( English | BM )